Sunday, May 11, 2014

Institusi Pendidikan Islam di India

ALIGARH MUSLIM UNIVERSITY 
 
 
Aligarh Muslim University.
Merupakan sebuah institusi pendidikan berteraskan Islam yang unik di India.
Ditubuhkan pada 1920 yang mana sebelum ini dikenali sebagai Mohammedan Anglo-Oriental College yang telah wujud sejak tahun1877.


Motto universiti ini diambil dari sebaris ayat Al-Quran :




 عَلَّمَ الاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم
'allama'l-insāna mā lam ya'lam


maksud : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya - Surah Al-'Alaq ayat 5.



Lokasi institusi pendidikan tinggi ini teretak di Alligarh, Uttar Pradesh India. Universiti sebesar 467.6 hektar ini terdapat didalamnya sebanyak lebih 300 jurusan.

Selain pengajian tinggi bagi pelajar ijazah pertama dan ijazah tinggi, universiti ini juga menyediakan sebuah sekolah rendah, tujuh sekolah tinggi dan dua buah sekolah menengah tinggi bagi senior untuk murid lelaki dan perempuan.


Universiti Muslim Aligarh ini merupakan universiti kebanggaan umat Islam di India.



JAMIA NIZAMIA  

Jamia Nizamia, Hyderabad India merupakan salah satu institusi pendidikan berteraskan Islam yang terdapat di India.Merupakan sebuah universiti Arab, universiti ini telah dirasmikan pada tahun 1872 masihi. 


Antara didikan yang diajarkan oleh guru-guru di Jamia Nizamia ialah hafazan Al-Quran dimana telah melahirkan ramai huffaz.Jamia Nizamia institution ini menyediakan asrama bagi para pelajar lelaki dan juga perempuan.



Ciri pembelajaran di institusi pengajian ini dibahagikan kepada 4 peringkat (boleh rujuk dalam direktori yang disediakan). Antara subjek yang diajar dalam keempat-empat peringkat ini adalah : 



- Asas mengenai pengajian Al-Quran

- Teologi(unsur ketuhanan)
- Matematik dan sains
- Sejarah dan geografi
- Tafsir
- Fikh
- Hadis 
- dan sebagainya.


Sumber: 
dan
http://www.jamianizamia.org/index_files/Page395.htm

JAMIA MILLIA ISLAMIA
 

Jamia Millia Islamia atau dalam terjemahannya membawa maksud Universiti Islam Nasional. Institusi ini merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Delhi dan telah ditubuhkan semasa pemerintahan British pada tahun 1920 di Aligarh dan pada 1988 universiti ini telah menjadi universiti pusat di India.

Pengasas utama universiti ini dikenali sebagai Ali Brothers
 ( i )  Moulana Mohammad Ali
 ( ii ) Moulana Shoukat Ali Jouhar .

Moto universiti ini ialah Allammal Insaana Maalam Yalam ( He Taught man what he knew not)

Jamia Millia Islamia menawarkan 9 program pengajian
1. Faculty of Engineering and Technology
2. Faculty of Architecture & Ekistics
3. Faculty of Humanities and Languages
4. Faculty of Fine Arts
5. Faculty of Social Sciences
6. Faculty of Natural Sciences
7. Faculty of Education
8. Faculty of Dentistry

Antara lulusan dari Jamia Millia Islamia ialah :

Sumber daripada

No comments:

Post a Comment