Sunday, May 11, 2014

INDIA


     India merupakan sebuah negara yang sangat terkenal dengan kesenian yang unik dari pelbagai aspek khususnya seni bina. Negara ini merupakan negara yang terkenal dengan kisah cinta sejati antara Syah Jehan dan Mumtaz Mahal.

      Berdasarkan sumber, jumlah populasi India yang terkini adalah sebanyak 1.27 billion dan India merupakan negara kedua yang mempunyai populasi terbesar selepas China sebanyak 1.36 billion. Fakta lain mengenai India ialah, Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut selepas agama Hindu sebanyak 80.5% penganut. Secara kasarnya seramai 174 juta Muslim di India yang menganuti Islam iaitu lebih kurang 16.4% dari keseluruhan populasi India.



Sejak kedatangan Islam di India, banyak kemajuan dalam pembangunan Islam yang telah dicapai oleh India dari aspek keagamaan, kesenian dan warisan, kebudayaan dan sebagainya. Kemajuan dalam pembangunan Islam di India akan dikupas dengan lebih mendalam dalam entry seterusnya insyaAllah.




Wallahu A'lam.



Institusi Makanan Halal di India

HALAL INDIA

Halal India merupakan institusi yang diwujudkan untuk meningkatkan Standard Keselamatan Makanan di India terutamanya Restoran dan perniagaan runcit disana.

Kewujudan institusi ini dapat menjadi panduan kepada pelancong dan pengguna barangan halal di India. Hal ini sangat berguna terutamanya untuk pelancong yang datang melancong ke India.

sumber :http://www.halalindiarestaurant.com/aboutus.php


 ARABIAN GRILLS- KELLYS



9841363777

Abirami Mega Mall, Shop No-13, Level-1, No152, Purasaiwalkam High Road,Chennai - ,Tamil Nadu,INDIA.

Opening Hours from 11:00 AM to 11:00 PM

Cusine Type : Tandoori ,South Indian,North Indian.
Halal Certification Number :HIA50161011 


ROYAL COURT - OPP MADURAI RAILWAY STATION
 
 
Royal Court merupakan sebuah restoran halal yang terdapat di India :

0452 -4373333

No.4, West Veli Street,Madurai - ,Tamil Nadu,INDIA.

Opening Hours from 7.00am-11.00pm

Cusine Type : South Indian,North Indian,Indo Chinese,ChettinaM 
Halal Certification Number :HIA50080811
sumber :  http://www.halalindiarestaurant.com/searchmore.php?id=13

ANJAPPAR CHETTINAD



Alamat:
No: 7/2, J.P. Towers, Nungambakkam High Road, Chennai-600 034, Tamil Nadu, India.
600 034 Chennai
 Contact Data: Phone: 044 28217200 / 044 28256662 / 04442144573
sumber :  http://www.crescentrating.com/india-halal-restaurants/1449-anjappar-chettinad.html


AL-NAZEER

Al-Nazeer adalah sebuah Restoran yang mendapat sijil Halal dan pemilik Restoran ini adalah seorang Muslim.


Alamat:

C11, Behind Shipra Hotel, Sector 18, Noida
Noida
NCR New Delhi
India
 Contact Data:
Phone: +91 120 4330888


sumber : http://www.crescentrating.com/india-halal-restaurants/1822-al-nazeer.html


 AL NAWAZ 

Restoran ini adalah hasil daripada usaha seorang Chef yang pernah bekerja di Hotel 5 bintang di India.



Alamat :
 300E Near Okhla Bus Stand, Main Road, Jamia Nagar Okhla Phase 2
110025 Delhi
New Delhi
India

Institusi Ekonomi & Kajian Islam di India

ISLAMIC RESEARCH CENTRE

Pusat Penyelidikan Islam (IRC ) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan , yang ditubuhkan pada tahun 2001 , yang bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam ( Peace ) untuk orang Islam dan juga bukan Islam dan untuk menghapuskan salah faham mengenai Islam di kalangan orang ramai .

IRC terletak di tengah-tengah bandar yang mudah diakses oleh rakyat, IRC mempunyai auditorium untuk program biasa dengan tempat duduk yang berasingan untuk wanita , jumlah kapasiti tempat duduk auditorium adalah 200 orang. Seminar tetap dianjurkan setiap hari Ahad antara jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari selain program berjadual lain. Ia juga mempunyai sayap wanita. IRC mempunyai pejabat dengan kakitangan untuk menjaga pentadbiran dan hari untuk aktiviti..

IRC juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mempunyai buku-buku semua agama-agama utama iaitu Islam, Yahudi , Kristian, Hindu, Buddha , Sikh, Jainisme, Zoroastrism , Confucius & Taoisme lain-lain dalam bahasa yang berbeza seperti Bahasa Inggeris , Bahasa Hindi , Bahasa Urdu , Bahasa Arab, Bahasa Marathi, bahasa Sanskrit, dan Tamil Telgu dan lain-lain

Sumber daripada  http://irc-india.com/ 



ZAKAT FOUNDATION OF INDIA

Yayasan Zakat India telah ditubuhkan pada 1997 oleh penduduk yang prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam di New Delhi.

ZFI ini merupakan sebuah badan yang tidak berasaskan keuntungan dan mereka cenderung untuk mengumpul dan menggunakan 'zakat' atau amal untuk projek-projek bermanfaat sosial dengan cara yang telus dan teratur

Antara projek yang mereka kendalikan ialah termasuk mengendalikan rumah anak yatim, hospital amal, menyediakan perlindungan kepada balu dan lain-lain

Sumber daripada http://www.zakatindia.org/index.html

INDIAN CENTRE FOR ISLAMIC FINANCE
 
 
Alamat :


D-309, Abdul Fazal Enclave Rd, Abul Fazal Enclave, Part 1 Abul Fazal Enclave, Block C, Jamia Nagar, Okhla, New Delhi, DL 110025, India.

Institusi ini ditubuhkan untuk berusaha kearah pembangunan ekonomi dan kewangan Islam yang baik di India sebagai satu alternatif bagi menggantikan cara konvensional yang kini menjadi tumpuan utama khususnya di India.

Institusi ini juga telah mengadakan sesi perdebatan mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam ini sebagai testimoni untuk melihat sejauhmana Pembagunan Islam diterima di India.

Institusi Pendidikan Islam di India

ALIGARH MUSLIM UNIVERSITY 
 
 
Aligarh Muslim University.
Merupakan sebuah institusi pendidikan berteraskan Islam yang unik di India.
Ditubuhkan pada 1920 yang mana sebelum ini dikenali sebagai Mohammedan Anglo-Oriental College yang telah wujud sejak tahun1877.


Motto universiti ini diambil dari sebaris ayat Al-Quran :




 عَلَّمَ الاِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم
'allama'l-insāna mā lam ya'lam


maksud : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya - Surah Al-'Alaq ayat 5.



Lokasi institusi pendidikan tinggi ini teretak di Alligarh, Uttar Pradesh India. Universiti sebesar 467.6 hektar ini terdapat didalamnya sebanyak lebih 300 jurusan.

Selain pengajian tinggi bagi pelajar ijazah pertama dan ijazah tinggi, universiti ini juga menyediakan sebuah sekolah rendah, tujuh sekolah tinggi dan dua buah sekolah menengah tinggi bagi senior untuk murid lelaki dan perempuan.


Universiti Muslim Aligarh ini merupakan universiti kebanggaan umat Islam di India.



JAMIA NIZAMIA  

Jamia Nizamia, Hyderabad India merupakan salah satu institusi pendidikan berteraskan Islam yang terdapat di India.Merupakan sebuah universiti Arab, universiti ini telah dirasmikan pada tahun 1872 masihi. 


Antara didikan yang diajarkan oleh guru-guru di Jamia Nizamia ialah hafazan Al-Quran dimana telah melahirkan ramai huffaz.Jamia Nizamia institution ini menyediakan asrama bagi para pelajar lelaki dan juga perempuan.



Ciri pembelajaran di institusi pengajian ini dibahagikan kepada 4 peringkat (boleh rujuk dalam direktori yang disediakan). Antara subjek yang diajar dalam keempat-empat peringkat ini adalah : 



- Asas mengenai pengajian Al-Quran

- Teologi(unsur ketuhanan)
- Matematik dan sains
- Sejarah dan geografi
- Tafsir
- Fikh
- Hadis 
- dan sebagainya.


Sumber: 
dan
http://www.jamianizamia.org/index_files/Page395.htm

JAMIA MILLIA ISLAMIA
 

Jamia Millia Islamia atau dalam terjemahannya membawa maksud Universiti Islam Nasional. Institusi ini merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Delhi dan telah ditubuhkan semasa pemerintahan British pada tahun 1920 di Aligarh dan pada 1988 universiti ini telah menjadi universiti pusat di India.

Pengasas utama universiti ini dikenali sebagai Ali Brothers
 ( i )  Moulana Mohammad Ali
 ( ii ) Moulana Shoukat Ali Jouhar .

Moto universiti ini ialah Allammal Insaana Maalam Yalam ( He Taught man what he knew not)

Jamia Millia Islamia menawarkan 9 program pengajian
1. Faculty of Engineering and Technology
2. Faculty of Architecture & Ekistics
3. Faculty of Humanities and Languages
4. Faculty of Fine Arts
5. Faculty of Social Sciences
6. Faculty of Natural Sciences
7. Faculty of Education
8. Faculty of Dentistry

Antara lulusan dari Jamia Millia Islamia ialah :

Sumber daripada

Institusi Ibadah Islam di India

MASJID TAJ-UL BHOPAL
Masjid Taj-ul Bhopal di India ini merupakan salah sebuah masjid yang terbesar di Asia. Masjid ini dikenali sebagai 'Crown of Mosques' atau 'mahkota masjid'. Masjid ini terletak di Bandar Bhopal, India dan masjid ini juga dijadikan madrasah atau sekolah agama (islamic school) pada hari bekerja.

Pembinaan Majid Bhopal ini telah bermula sejak zaman pemerintahan Mughal lagi sekitar tahun 1844. Namun begitu pembinaan masjid ini terhenti seketika akibat daripada masalah kekurangan dana untuk meneruskan pembinaan.Kemudiannya, sekitar tahun 1971, pembinaan masjid Bhopal ini disambung semula atas semangat Mohammad Imran Khan dan Maulana Sayed Hashmat Ali. Pembinaan masjid ini siap sepenuhnya sekitar tahun 1985.


Masjid ini dapat dimuatkan dengan ribuan jemaah dalam satu-satu masa. Setiap tahun masjid ini juga akan menjalankan Ijtima' sebanyak 3 kali setahun dan ramai daripada orang Islam dari seluruh pelusuk India akan datang meraikannya.

sumber : http://www.mapsofindia.com/bhopal/tourist-attractions/taj-ul-masjid.html dan http://en.wikipedia.org/wiki/Taj-ul-Masajid


MASJID JAMA DELHI
Masjid Jama, Delhi India ini merupakan antara masjid yang tertua dan terbesar di India. Dapat menempatkan lebih kurang 25 000 Jemaah dalam satu masa dan masjid ini mempunyai seni bina sangat klasik dengan 
pembawaan gaya Islam dalam senibinanya.


Masjid yang tersergam Indah di Bandar Delhi India ini mempunyai 3 pintu gerbang, 4 menara dan 2 menara tinggi yang berketinggian 40 meter yang dibina dari pasir dan batu berwarna merah serta marmar putih yang sangat cantik.



Masjid Jama ini juga dibuka pada setiap hari sepanjang minggu dalam linkungan masa 7 pagi hingga tengahari  dan 1.30 tengahari hingga 6.30 petang.Menurut sumber, pelancong tidak dibenarkan masuk ketika waktu solat berkemungkinan untuk tidak mengganggu jemaah yang ingin beribadah pada waktu tersebut.


sumber: http://www.delhitourism.gov.in/delhitourism/tourist_place/jama_masjid.jsp dan http://en.wikipedia.org/wiki/Jama_Masjid,_Delhi


MASJID JAMA, JAUNPUR


 

Jama Masjid / Masjid Jami / Bari Masjid / Jumat Masjid Jaunpur adalah masjid abad ke-15
Di Jaunpur, Uttar Pradesh, India. Salah satu tempat tarikan pelancong utama di Jaunpur.


Masjid ini 2,2 km utara-timur laut dari Jaunpur, 7,3 km barat laut dari Zafarabad,
16,8 km utara-timur laut dari Mariahu, 26,3 km barat-barat laut dari Kirakat.

sumber : http://umrahhajiku.wordpress.com/2012/02/25/mengenal-masjid-di-india-3/


MASJID JAMA FATEHPUR SIKRI, AGRA


Masjid ini merupakan masjid yang dibina berasaskan seni bina Islam. Mempunyai ruang utama dan beberapa kubah dan terdapat juga beberapa bilik kecil dalam masjid.

sumber : http://umrahhajiku.wordpress.com/2012/02/25/mengenal-masjid-di-india-3/ 


MASJID LAL, DELHI 


Masjid Lal, Delhi ini terletak juga dikenali sebagai Masjid Fakrul. Masjid ini terletak di Bara Bazaar, Kashmir Gate India.