Sunday, May 11, 2014

INDIA


     India merupakan sebuah negara yang sangat terkenal dengan kesenian yang unik dari pelbagai aspek khususnya seni bina. Negara ini merupakan negara yang terkenal dengan kisah cinta sejati antara Syah Jehan dan Mumtaz Mahal.

      Berdasarkan sumber, jumlah populasi India yang terkini adalah sebanyak 1.27 billion dan India merupakan negara kedua yang mempunyai populasi terbesar selepas China sebanyak 1.36 billion. Fakta lain mengenai India ialah, Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut selepas agama Hindu sebanyak 80.5% penganut. Secara kasarnya seramai 174 juta Muslim di India yang menganuti Islam iaitu lebih kurang 16.4% dari keseluruhan populasi India.



Sejak kedatangan Islam di India, banyak kemajuan dalam pembangunan Islam yang telah dicapai oleh India dari aspek keagamaan, kesenian dan warisan, kebudayaan dan sebagainya. Kemajuan dalam pembangunan Islam di India akan dikupas dengan lebih mendalam dalam entry seterusnya insyaAllah.




Wallahu A'lam.



No comments:

Post a Comment